pendang lake resort
"A Countryside Resort Surrounded by Peaceful Lake with Panoramic View"
Di Pendang Lake Resort anda dapat melakukan pelbagai aktiviti secara perseorangan atau berkumpulan. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran yang disediakan !
Selamat datang ke Pendang Lake Resort. Pendang Lake Resort ini dikelilingi oleh kawasan sawah padi yang menghijau dan pemandangan tasik yang cantik dan menenangkan sangat sesuai untuk percutian sekeluarga.
Kakitangan kami yang mesra dan profesional akan menyediakan perkhidmatan anda dengan cekap dan terbaik bagi menyediakan penginapan anda yang selesa .
Tempah percutian atau acara anda dengan kami – dan semak tawaran istimewa kami – untuk merasai pengalaman terbaik yang ditawarkan.
Dewan-dewan persidangan kami yang pelbagai adalah mengagumkan dan fleksibel. Reka bentuk dalaman yang unggul, suasana cahaya matahari semula jadi dan panorama tasik yang hebat menjadikannya pilihan yang sama popular untuk majlis perkahwinan atau acara khusus lain seperti seminar, mesyuarat dan berbagai lagi.
Penginapan
Keselesaan, ketenangan dan persekitaran semula jadi digabungkan dengan sempurna di sini, kerana kami mengambil berat tentang kesejahteraan anda.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
Memang best dapat merasai sendiri pengalaman menginap di tepi tasik yang cantik.
Antara pakej aktiviti yang ditawarkan di sini ialah aktiviti sukan air, aktiviti kembara, “water confident”, perkhemahan, memancing, BBQ, berkaraoke dan sebagainya. Maklumat lanjut berkenaan harga pakej dan apa yang boleh anda jangka di sini,
Pendang Lake Resort menawarkan perkhidmatan sewaan ruang Dewan yang pelbagai jenis kepada pihak yang berminat dengan harga yang berpatutan.
Dewan-dewan ada yang berkapasiti sehingga 700 orang ini sesuai untuk kegunaan seperti kenduri, jamuan, mesyuarat, seminar dan berbagai lagi.
Dewan / Pelbagai Guna
Keluasan /
Pendang Lake Resort
Pendang Lake Resort mempunyai keluasan sebanyak 30hektar. 12 hektar daripadanya adalah keluasan untuk kolam takungan air (tasik).
Keluasan panjang tasik adalah 300-meter dan lebar 205 meter. Purata kedalaman tasik adalah 5 meter.
Aktiviti-aktiviti
Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan
Kursus/Seminar
Mesyuarat/Taklimat
Aktiviti Latihan Berkumpulan
Aktiviti Sukan Air
Aktiviti Kembara
Perkhemahan
Hari Keluarga
Majlis Keramaian
Hiburan Karaoke
Venue Pertandingan
Memancing
BBQ
Pelbagai Kemudahan Di Sini.
Pendang Lake Resort terletak berdekatan dengan pekan Pendang dan hanya 20 minit ke Bandaraya Alor Setar. Berdekatan dengan stesyen minyak, restoran, kedai cenderamata dan Taman Rekreasi Pendang.
Galeri
Pengalaman percutian yang mendamaikan.